Latar Belakang Dearah

Papar merupakan sebuah bandar kecil dan juga daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, Malaysia Timur. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort di selatan. Papar juga terkenal sebagai destinasi terakhir laluan North Borneo Railway bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kereta api stim tersebut.
Berdasarkan sumber statistik pada tahun 2022, jumlah populasi penduduk di sekitar papar mempunyai penduduk seramai 106,765 dan terbahagi kepada beberapa komposisi kaum utama iaitu Melayu Brunei, Bajau, Kadazandusun serta beberapa suku bumiputera yang lain. Terdapat juga sebilangan kecil kaum Cina yang majoritinya etnik Hakka, dan juga kaum India dan sekelompok kecil kaum Pakistan